Beberapa lagi isu menjadi tumpuan hari ini, hari ke-empat Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14.<br /><br />Antaranya status penggubalan Rang Undang-Undang Sumbangan Politik dan bila ianya dijangka dibentangkan.<br /><br />Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman web Parlimen, soalan itu akan diutarakan oleh Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Perdana Menteri.